Tarikh Tayangan Sekuel Tomb Raider Ditetapkan Pada Mac 2021

314
views

Pengarah filem High Rise dan Free Fire, Ben Wheatley telah dipilih untuk mengarahkan filem sekuel Tomb Raider lakonan Alicia Vikander. Filem tersebut telah ditetapkan tarikh tayangan pada 19 Mac 2021.

Wheatley sekali lagi akan berkolaborasi dengan penulis skrip Amy Jump. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah terlibat dalam filem High-Rise, Free Fire, A Field in England, Sightseers, dan Kill List.

Filem remake Tomb Raider telah diterbitkan pada 2018 dan berjaya meraih $274.7 juta dolar seluruh dunia. Filem tersebut memaparkan kisah awal Lara Croft dimana dia perlu menyelesaikan misteri kematian ayahnya dan dalam masa yang sama menghalang sebuah organisasi jahat yang cuba mendapat sesuatu yang mampu memberi ancaman kepada umat manusia.

Produksi filem sekuel Tomb Raider  dijangka akan bermula tahun hadapan dibawah ‘banner’ MGM dan Warner Bros.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here