Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan MINIONS: RISE OF GRU Ditunda Setahun

Universal baru-baru ini mengumumkan bahawa Trolls World Tour akan disiarkan terus ke laman streaming, tetapi tidak untuk satu lagi filem animasi studio tersebut iaitu Minions: Rise of Gru.

Seperti Trolls World Tour yang dibatalkan tayangannya akibat pandemik koronavirus, Minions: Rise of Gru yang dijadualkan tayangan 3 Julai ini, terpaksa ditunda selepas melihat keadaan pandemik yang semakin serius. Peminat yang menantikan filem ketiga spin-off Despicable Me itu terpaksa menanti lama apabila pihak studio menetapkan tarikh tayangan baru, iaitu pada 2 Julai 2021. 

Minions: The Rise of Gru akan menceritakan kisah asal usul dan bagaimana para ‘minions’ menjadi pengikut supervillain Despicable Me, Gru. Dipenghujung babak filem Minions, telah dipaparkan watak Gru semasa kanak-kanak, dan menyaksikan para minion mula mengikuti dia selepas melihat Gru berpotensi menjadi tuan mereka.

Minions yang ditayangkan pada 2015 telah berjaya meraih $1.159 bilion dolar seluruh dunia dan menjadi filem kesebelah paling tinggi kutipan sepanjang zaman. Ia mengisahkan tentang penggembaraan tiga ‘minions’ – Kevin, Stuart dan Bob – yang cuba mencari tuan baru untuk puaknya. Pencarian ketiga-tiga Minions itu membawa kepada pertemuan dengan penjahat terhebat, iaitu Scarlet Overkill. Mereka bagaimanapun perlu menghadapi cabaran hebat untuk menyelamatkan seluruh puaknya … dari diancam kepupusan.

Pierre Coffin kembali menyuarakan watak Kevin, Stuart dan Bob. Dia turut disertai Steve Carell sebagai Gru, Russell Brand sebagai Dr. Nefario dan pelakon terkenal iaitu Kevin Hart, Margot Robbie serta Dave Bautista.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment