Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan “Injustice” Didedahkan, Saksikan Poster Terbaru Disini

Warner Bros. telah mengumumkan tarikh tayangan filem animasi DC mereka yang akan datang, Injustice. Filem animasi terbaru itu akan hadir dalam versi digital dan fizikal (melalui 4K Ultra HD dan format Blu-ray) pada 19 Oktober 2021.

Pek kombo 4K akan berharga $39.99 dolar (RM 166.28) manakala Blu-ray akan berharga $29.99 (RM124.70). Harga untuk versi digital masih belum diketahui, tetapi jika dilihatkan pada animasi terbaru Warner Bros. sebelum ini, Mortal Kombat Legends: Battle of the Realms, berkemungkinan ia berharga $19.99 (RM 83.12)

Pengumuman Warner Bros. bagaimanapun tidak disertakan dengan trailer mahupun rakaman rasmi dari filem. Bagaimanapun, pihak studios telah mendedahkan poster rasmi Injustice. Anda boleh poster tersebut dibawah. 

Injustice berdasarkan permainan video tempur popular tahun 2013, Injustice: Gods Among Us yang dibangunkan oleh NetherRealm Studios. Populariti permainan video tersebut telah mewujudkan siri buku komiknya sendiri. Barisan pelakon suara terdiri daripada: 

  • Justin Hartley sebagai Superman
  • Anson Mount sebagai Batman
  • Laura Bailey sebagai Lois Lane dan Rama Kushna
  • Gillian Jacobs sebagai Harley Quinn
  • Anika Rose sebagai Catwoman
  • Janet Varney sebagai Wonder Woman
  • Kevin Pollak sebagai Joker dan Jonathan Kent
  • Zach Callison sebagai Damian dan Jimmy Olsen
  • Brian T. Delaney sebagai Green Lantern
  • Brandon Michael Hall sebagai Cyborg
  • Edwin Hodge sebagai Mr. Terrific dan Killer Croc
  • Oliver Hudson sebagai Plastic Man
  • Yuri Lowenthal sebagai Mirror Master, Flash, dan Shazam
  • Derek Phillips sebagai Nightwing dan Aquaman
  • Reid Scott sebagai Green Arrow dan Victor Zsasz
  • Faran Tahir sebagai Ra’s al Ghul
  • Fred Tatasciore sebagai Captain Atom
  • Andrew Morgado sebagai Mirror Master Soldier

Matt Peters (Justice League Dark: Apokolips War) mengarahkan filem animasi DC ini dengan Ernie Altbacker (Batman: Hush, Justice League: Action) sebagai penulis lakon layar. Acara DC FanDome yang akan berlangsung 17 Oktober ini mungkin akan mendedahkan rakaman pertama Injustice. 

 

Related posts

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment