Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan “Godzilla vs Kong” Diawalkan Dua Bulan

Warner Bros. dan Legendary Entertainment telah menukar tarikh tayangan filem Godzilla vs. Kong  dari 21 May ke 26 Mac 2021, dua bulan lebih awal dari tarikh tayangan asal. Godzilla vs Kong hanya menghadapi saingan dari filem No Time To Die yang dijangka tayang seminggu selepas itu.

Sebagaimana tamadun manusia berjuang untuk masa depan, makhluk Godzilla dan Kong bertarung sesama sendiri. Pertubuhan Monarch dalam misi untuk meneroka ke tempat yang belum pernah diteroka untuk mencari klu mengenai asal usul Titan, sementara konspirasi manusia mengancam untuk menghapuskan Godzilla dan Kong dari muka bumi.

Godzilla vs. Kong merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the Monsters. Adam Wingard (Death Note) mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Terry Rossio (Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl).

Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.

Godzilla vs. Kong akan ditayangkan serentak di HBO Max dan pawagam.

Related posts

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee