Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan G.I. Joe 3 Diumumkan


Setelah lama menunggu, akhirnya filem ketiga G.I Joe bakal dihasilkan dan telahpun ditetapkan tarikh tayangan oleh Paramount dan Hasbro. Studio berkenaan juga turut mengumumkan tarikh tayangann tiga lagi filemnya selain G.I. Joe iaitu filem reboot Dungeons & Dragons, Micronauts dan sebuah filem yang masih belum mempunyai tajuk.

Paramount dan Hasbro telah menetapkan tarikh 27 Mac 2020 sebagai tarikh tayangan filem G.I Joe manakala Dungeons & Dragons akan ditayangkan pada 23 Julai 2021, Micronauts 16 Oktober 2020 dan Untitled Hasbro Film pada 1 Oktober 2021.

G.I Joe dan Micronauts merupakan antara filem dalam Hasbro Cinematic Universe yang mana ia turut melibatkan beberapa filem seperti Visionaries, M.A.S.K. dan ROM: SpaceKnight. 

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai pembikinan filem-filem keluaran Paramount dan Hasbro terutamanya G.I. Joe. Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Channing Tatum atau Dwayne Johnson mungkin tidak akan terlibat dalam pembikinan filem ini nanti.

Apapun kita nantikan berita terbaru dari Paramount mengenai filem-filem yang bakal mereka hasilkan bersama-sama syarikat permainan Hasbro itu.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee