Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan Filem Wonder Woman 2 Diumumkan

 

Warner Bros. Pictures telah mengumumkan tarikh 13 Disember 2019 adalah tarikh tayangan untuk sekuel filem superhero mereka yang paling laris, Wonder Woman semalam. Wonder Woman telah menjadi filem paling laris sepanjang musim panas dan sehingga kini, filem berkenaan telah mengaut kutipan tiket sebanyak $780 juta diseluruh dunia.

Filem yang menampilkan Gal Gadot sebagai Diana Prince aka Wonder Woman dan diarahkan oleh pengarah wanita Patty Jenkins itu telah pun ditayangkan pada penghujung Mei yang lalu dan menjadi filem superhero terbaik yang dihasilkan oleh Warner Bros. dan DC.

Cuma buat masa ini, persoalan sama ada Patty Jenkins akan mengarah atau tidak bergantung kepada perbincangan diantara kedua-dua pihak. Tetapi kemungkinan besar pengarah tersebut akan kembali mengarahkan filem kedua Wonder Woman.

Selain Gal Gadot, filem berkenaan juga turut dibintangi oleh Chris Pine (Star Trek), Robin Wright (The Girl with the Dragon Tattoo, Netflix‘s House of Cards), Ewen Bremner (Exodus: Gods and Kings, Snowpiercer), Saïd Taghmaoui (American Hustle), Elena Anaya (The Skin I Live In), Connie Nielsen (Gladiator, Nymphomaniac: Vol. I) dan Lucy Davis (Shaun of the Dead).

Manakala Charles Roven, Zack Snyder and Deborah Snyder adalah penerbit filem superhero wanita ini.

Segala perkembangan untuk filem kedua Wonder Woman akan kami bawakan dari masa ke semasa. Wonder Women akan kembali muncul dalam filem DCEU akan datang, Justice League pada November ini

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment