Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan Filem Seram Malignant Arahan James Wan Telah Ditetapkan

Deadline melaporkan bahawa Warner Bros. dan New Line Cinema telah menetapkan tarikh tayangan filem seram Malignant arahan James Wan pada 14 Ogos 2020.

Tarikh tersebut menyaksikan Malignant akan berentap dengan tiga filem yang lain iaitu Escape Room 2 terbitan Sony Pictures, filem aksi thriller terbitan Universal Nobody dan filem adaptasi terbitan Disney, The One and Only Ivan.

Malignant dibintangi pelakon seperti Annabelle Wallis, Jake Abel, George Young, Maddie Hasson, Michole Briana White dan Jacqueline McKenzie.

Filem terbaru ini diarahkan sendiri oleh James Wan dan skrip ditulis secara bersama dengan penulis Ingrid Bisu yang juga merupakan tunangnya. Penggambaran kini telahpun bermula dan bertempat di pinggir bandar Los Angeles. Wan akan turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Michael Clear.

Kali terakhir James Wan mengarahkan filem seram adalah filem The Conjuring 2 yang ditayangkan pada tahun 2016. Setakat ini, plot filem Malignant masih belum didedahkan kepada umum.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee