
Trailer terbaru filem reboot Wrong Turn arahan Mike P. Nelson telah didedahkan kepada umum, memaparkan rakaman baru yang cukup menakutkan. Filem ini akan tiba di VOD pada 26 Februari 2021.
Anda boleh saksikan trailer dibawah.
Wrong Turn mengisahkan sekumpulan rakan yang menjalankan ekspedisi pendakian merents desa di tanah masyarakat inklusif yang disebut The Foundation, yang digambarkan sebagai orang yang telah tinggal di pergunungan sejak sebelum Perang Saudara. Kumpulan rakan tersebut segera mengetahui bahawa mereka berada di bawah peraturan undang-undang yang berbeza, dan mungkin bukan mangsa yang mereka sangka.
Mike P. Nelson (The Domestics) mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh penulis asal, Alan B. McElroy.
Barisan pelakon terdiri daripada Charlotte Vega (The Lodgers), Matthew Modine (47 Meters Down), Damian Maffei (The Strangers: Prey at Night), Bill Sage (Hap and Leonard), Emma Dumont (The Gifted), Valerie Jane Parker (Greenleaf), Chaney Morrow (Haunt) dan David Hutchinson (American Horror Story).