Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan Filem Rampage Diawalkan Seminggu

Tarikh tayangan filem terbaru lakonan Dwayne ‘Rock’ Johnson yang berjudul Rampage telah diawalkan seminggu iaitu dari 20 April 2018 ke 13 April 2018. Sebab tarikh tayangan bertukar disebabkan perubahan tarikh yang dilakukan oleh pihak Disney terhadap filem yang paling ditunggu peminat, Avengers: Infinity War yang akan ditayangkan pada 27 April 2018.

Rampage diterbitkan oleh New Line Cinema dan diedarkan oleh Warner Bros. Pictures.

Diarahkan oleh Brad Peyton, ia mengisahkan Davis Okoye (lakonan Dwayne Johnson), seorang Primatologist yang membela seekor gorila gergasi yang bijak sejak haiwan tersebut lahir. Bagaimanapun satu experiment genetik telah mengubah haiwan tersebut menjadi gergasi termasuklah beberapa predator. Haiwan-haiwan tersebut telah melarikan diri ke benua Amerika Utara dan memusnahkan segala benda yang berada dilaluan mereka. Okaye perlu bekerjasama dengan beberapa jurutera genetik untuk mencipta antidot dan menghentikan keganasan yang dilakukan oleh haiwan-haiwan gergasi terutamanya gorilla yang pernah menjadi sahabatnya dahulu.

Selain Dwayne Johnson, filem adaptasi permainan video ini turut dibintangi oleh Naomie Harris, Malin Åkerman, Joe Manganiello, Jake Lacy, Marley Shelton, dan Jeffrey Dean Morgan.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment