Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan Dora the Explorer Telah Diumumkan

Rancangan siri televisyen kanak-kanak, Dora the Explorer yang diangkat ke layar perak telah ditetapkan tarikh tayangannya oleh pihak produksi. Menurut laporan dari comingsoon.net, Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan filem tersebut adalah pada 2 Ogos 2019.

Filem Dora the Explorer ini akan diarahkan oleh James Bobin, manakala penulis skrip filem Storks dan Neighbors, Nicholas Stoller akan menulis untuk filem ini. Syarikat milik Michael Bay, Platinum Dunes akan bertindak selaku penerbit.

Stakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai plot dan pelakon yang akan membintanginya, tetapi memandangkan tarikh tayangannya telah ditetapkan, dijangkakan pelakon yang akan membawakan watak utama Dora serta rakan-rakannya, seperti Boots, Map, Backpack dan si pencuri Swiper akan diketahui tidak lama lagi.

Dora the Explorer adalah rancangan kanak-kanak yang cukup popular, ia bertemakan penggembaraan yang mengajak penonton kanak-kanak merasai penggembaraan yang dilakukan oleh Dora. Rancangan ini juga sudah keudara sebanyak 8 musim dengan jumlah episod sebanyak 172 . 

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee