Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan Avengers: Infinity War Diawalkan Seminggu


Marvel Studios dilaporkan telah menukar tarikh tayangan filem akan datang, Avengers: Infinity War dari 4 May 2018 ke 27 April 2018. Ini bermakna, tayangan filem Avengers: Infinity War akan bermula serentak di seluruh dunia. Anda boleh lihat poster terbaru Avengers: Infinity War yang memaparkan tarikh baru tayangan filem tersebut dibawah.

Antara faktor Marvel Studio menukar tarikh tayangan tersebut adalah disebabkan kejayaan mengejutkan Black Panther selepas tayangan serentak seluruh dunia filem berkenaan. Selain itu juga, ia ingin mengelakkan pertembungan dengan beberapa filem besar yang lain seperti Deadpool 2 yang akan ditayangkan pada 18 May dan juga Solo: A Star Wars Story. 

Avengers: Infinity War diarahkan oleh Anthony serta Joe Russo dan dibintangi hampir kesemua pelakon-pelakon dalam Marvel Cinematic Universe, antarannya Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Paul Rudd, dan Josh Brolin.

Penonton di Malaysia akan dapat menonton Avengers: Infinity War seawal jam 7 petang pada 26 April 2018


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee