Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan Avatar 2 Ditunda

Nampaknya pembikinan filem kedua Avatar mengalami sedikit masalah apabila pengarah filem berkenaan, James Cameron mengesahkan bahawa mereka tidak dapat untuk mencapai target tayangan filem berkenaan. James berkata kepada laman web The Star mengenai kelewatan tersebut:

“Well, 2018 is not happening. We haven’t announced a firm release date. What people have to understand is that this is a cadence of releases. So we’re not making Avatar 2. We’re making Avatar 2, 3, 4 and 5. It’s an epic undertaking. It’s not unlike building the Three Gorges dam. (Laughs) So I know where I’m going to be for the next eight years of my life. It’s not an unreasonable time frame if you think about it. It took us four-and-a-half years to make one movie and now we’re making four. We’re full tilt boogie right now. This is my day job and pretty soon we’ll be 24-7. We’re pretty well designed on all our creatures and sets. It’s pretty exciting stuff. I wish I could share with the world. But we have to preserve a certain amount of showmanship and we’re going to draw that curtain when the time is right.”

Sebelum ini, studio 20th Century Fox mengumumkan sekuel pertama akan ditayangkan pada Disember 2018, kemudian filem ketiga pada tahun Disember 2020. Manakala filem keempat dan kelimat akan ditayangkan pada Disember 2022 dan Disember 2023.

Filem Avatar akan datang dibintangi pelakon-pelakon seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang dan Sigourney Weaver manakala selain mengarah, Cameron juga menjadi penerbit filem ini bersama-sama Jon Landau melalui syarikat mereka Lightstorm Entertainment. Sekuel ini turut ditulis oleh Cameron, Rick Jaffa dan Amanda Silver. Setakat ini tiada tarikh baru diumumkan oleh mereka.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment