Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Tayangan Aquaman 2 & Shazam 2 Mungkin Akan Ditukar.. Sekali Lagi

Menurut The Hollywood Reporter, terdapat khabar angin mengenai perubahan tarikh tayangan untuk filem terbaru DC Aquaman and the Lost Kingdom dan Shazam! Fury of the Gods. 

Warner Bros. Discovery dikhabarkan sedang mempertimbangkan untuk mengubah tarikh keluaran kedua-dua sekuel itu, yang kini ditetapkan pada 21 Disember untuk Shazam! Fury of the Gods dan 17 Mac 2023 untuk Aquaman and the Lost Kingdom.


Tiada maklumat mengenai tarikh baharu itu, bagaimanapun, peminat mungkin dapat mengentahuinya ketika panggilan pendapatan Warner Bros. Discovery pada Khamis ini.

Berita itu hadir di tengah-tengah kekacauan yang berlaku dalam DCEU. Awak tahun ini, terdapat laporan yang membayangkan Warner Bros. Discovery ingin mengkaji semula keadaan semasa DCEU. Dengan potensi hanya tiga filem – Black Adam, The Flash dan Blue Beetle – mempunyai tarikh tayangan konkrit setakat ini.

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment