Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Star Wars Episod VIII The Last Jedi Akan Ditayangkan Di Malaysia 14 Disember Ini

Star Wars The Last Jedi

Disney mengumumkan filem ‘Star Wars’ seterusnya bertajuk ‘Star Wars: The Last Jedi’ akan ditayangkan di Malaysia pada 14 Disember tahun ini.

Filem ini akan diarah oleh Rian Johnson sekaligus menutup spekulasi peminat setia Star Wars mengenainya.

Sekuel kedua ini berlangsung 30 tahun selepas trilogi asal dan akan mengikuti pengembaraan Luke Skywalker (Mark Hamill) dan Puteri Leia (Carrie Fisher).

Kami mempunyai peminat paling hebat di galaksi ini. Bagi menghargai peminat, kita mahu mereka menjadi yang pertama mengetahui tajuk bab seterusnya dalam saga Skywalker iaitu ‘Star Wars: The Last Jedi,” kata Disney dalam satu kenyataan.

Disney berkata, Fisher merakam kesemua adegannya bagi filem ini sebelum meninggal dunia, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun Disney tidak mengeluarkan butiran jalan cerita untuk ‘Star Wars: The Last Jedi’ tetapi Johnson berkata, ia mengkuti peristiwa selepas ‘Star Wars: The Force Awakens’ yang ditayangkan pada 2015.

Dalam filem itu, Skywalker didedahkan sebagai Jedi terakhir dan menyembunyikan diri.

‘Force Awakens’ juga berakhir dengan Rey (Daisy Ridley) menemui kuasa tersembunyi Skywalker dan bersedia untuk memulakan latihan Jedi beliau.

sumber: Astro Awani

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment