BeritaSiri TV

Tarikh Siaran "The Falcon and The Winter Soldier" Ditunda

Views

Peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) yang menantikan siri The Falcon and the Winter Soldier mungkin terpaksa menunggu sedikit lama apabila ia ditunda ke satu tarikh baru.

Siri pertama MCU itu sepatutnya ditayangkan di platform streaming Disney+ Ogos ini.

Pandemik COVID-19 menjadi faktor utama kena tarikh siaran ditunda. Ini kerana, penggambaran terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan menggangu jadual penggambaran.

The Falcon and the Winter Soldier dibintangi Anthony Mackie, Sebastian Stan, Daniel Bruhl, dan Emily VanCamp yang kembali memainkan peranan masing-masing iaitu sebagai Falcon/Captain America, Bucky/The Winter Soldier, Helmut Zemo, dan Agent 13. Selain itu juga, ia bakal memperkenalkan beberapa watak terbaru termasuklah U.S Agent lakonan Wyatt Russell.

Setakat ini, plot The Falcon and The Winter Soldier masih lagi tidak didedahkan, tetapi berkemungkinan besar akan memaparkan konflik diantara Captain America yang baru, iaitu Sam Wilson aka Falcon dan U.S. Agent yang diangkat sebagai Captain America oleh kerajaan US.

The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod. Tarikh baru akan diumumkan kelak.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks