Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerSiri TV

Tarikh Pelancaran The Boys Musim 3 Telah Didedahkan, Tonton Video Pandangan Pertama Disini


Siri popular Amazon Prime Video, The Boys, akan kembali menemui penonton pada Jun ini. 

Seperti yang didedahkan dalam video pandangan pertama The Boys Musim 3 (anda boleh tontonnya dibawah), episod baharu siri superhero itu akan tersedia untuk distrim pada 3 Jun ini. 

The Boys adalah gambaran tidak sopan terhadap apa yang berlaku apabila wira-wira, yang popular seperti selebriti, berpengaruh seperti ahli politik dan dihormati sebagai Tuhan, menyalahgunakan kuasa besar mereka daripada menggunakannya untuk kebaikan,” menurut sinopsis rasmi. “Ketika tidak berdaya melawan mereka yang sangat berkuasa, The Boys memulakan usaha heroik untuk mendedahkan kebenaran tentang ‘The Seven,’ dan sokongan Vought yang menggerunkan mereka.”

Tonton video pandangan pertama The Boys Musim 3 dibawah:

Siri Amazon Studios ini dibintangi Jack Quaid, Laz Alonso, Tomer Capon, Karen Fukuhara dan Karl Urban bersama Erin Moriarty, Antony Starr, Dominique McElligott, Jessie T. Usher, Chace Crawford dan Nathan Mitchell. Claudia Doumit dan Colby Minifie kedua-duanya telah diangkat menjadi pelakon tetap untuk Musim 3 dan disertai bintang Supernatural, Jensen Ackles sebagai Soldier Boy yang terkenal dan Katia Winter sebagai Little Nina.


Turut menyertai Musim 3 ialah Miles Gaston Villaneuva (Law & Order True Crime) sebagai Supersonic, Sean Patrick Flanery (The Boondock Saints) sebagai Gunpowder, Nick Wechsler (Revenge) sebagai Blue Hawk dan Laurie Holden (The Walking Dead) sebagai Crimson Countess.

Musim 1 dan 2 tersedia di perkhidmatan streaming Amazon Prime Video


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee