Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Pelancaran The Book of Boba Fett Diumumkan, Saksikan Poster Terbaru Disini


Disney+ telah mengumumkan tarikh pelepasan siri live-action terbaru Star Wars, dari studio penerbitan Lucasfilm, The Book of Boba Fett. 

Dibintangi Temuera Morrison dan Ming-Na Wen, siri ini jadualkan tayangan pada Rabu, 29 Disember ini, setahun selepas projek ini diumumkan ketika musim finale The Mandalorian. 

Pengumuman tarikh pelancaran itu juga disertakan dengan pelepasan poster pertama, yang anda boleh lihat di bawah, yang menampilkan Morrison sebagai pemburu upahan Boba Fett ketika dia duduk di atas takhta di istana Jabba the Hutt yang sebelumnya diduduki oleh Bib Fortuna.

The Book of Boba Fett menyaksikan kepulangan semula Temuera Morrison sebagai pemburu upahan angkasa kegemaran peminat, Boba Fett, yang kali terakhir dilihat oleh peminat Star Wars semasa babak pasca-kredit pada final musim kedua The Mandalorian. Siri ini diterbitkan secara eksekutif oleh Jon Favreaun dan Dave Filoni. 

“Siri ini digambarkan sebagai penggembaraan Star Wars yang mendebarkan,” menurut logline. “Ia menyaksikan pemburu upahan legenda Boba Fett dan askar upahan Fennec Shand mengembaran ke dunia bawah tanah Galaxy ketika mereka kembali ke gurun Tatooine untuk mempertaruhkan tuntutan mereka di wilayah yang pernah diperintah oleh Jabba the Hutt dan sindiket jenayahnya.”


Spin-off The Mandalorian ini diterbitkan secara ekskutif oleh Jon Favreau, Dave Filoni, Robert Rodriguez, Kathleen Kennedy, Colin Wilson, Karen Gilchrist, dan Carrie Beck, bersama John Bartnicki, dan John Hampian sebagai penebit.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee