Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tarikh Fast And Furious 9 Ditukar Lagi


Studio Universal telah mengumumkan tarikh baru filem kesembilan francais Fast and Furious. Menurut laporan dari Variety Fast and Furious 9 telah dianjak tarikh dari 21 April 2020 ke 22 May 2020.

Fast and Furious 9 sepatutnya ditayangkan pada 19 April 2019, tetapi Universal menukar tarikh tersebut bagi memberi laluan filem ‘spin-off’ Hobbs & Shaw lakonan Dwayne Johnson dan Jason Statham. Filem tersebut telah ditetapkan tarikh pada 2 Ogos ini.

Filem aksi perlumbaan ini mungkin akan diarahkan oleh Justin Lin. Ini merupakan filem keempat pengarah tersebut untuk francais Fast and Furious jika beliau disahkan menjadi pengarah filem ini.

Pelakon-pelakon dari filem sebelum ini seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson serta beberapa pelakon utama lain dijangka akan kembali membintangi filem ini walaupun pelbagai kontroversi disebalik perancangan filem Fast & Furious 9. 


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee