Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Tale Of The Nine-Tailed Catat Peningkatan, Do Do Sol Sol La La Sol Terus Cipta Rekod Baru

Drama KBS, Do Do Sol Sol La La Sol terus cipta rekod peribadi untuk tiga episod berturut-turut. 

Menurut Nielsen Korea, episod terbaru Do Do Sol Sol La La Sol merekodkan purata rating sekitar 2.5 dan 3.5 peratus, sedikit peningkatan berbanding episod sebelumnya, yang mencatat rating 3.2 peratus. 

Do Do Sol Sol La La So adalah drama komedi romantis yang menceritakan kisah pemain piano yang bertenaga Goo La La (Go Ara) dan pekerja sambilan bernama Sun Woo Joon (Lee Jae Wook). Mereka bertemu di sebuah akademi piano yang disebut “La La Land” yang terletak di sebuah desa kecil dengan rahsia dan kisah lampau yang mereka sembunyikan.

Drama MBC The Spies Who Loved Me dan drama JTBC, Private Lives turut mencatatkan sedikit peningkatan berbanding episod sebelumnya. The Spies Who Loved Me merekodkan rating sebanyak 2.8 dan 2.6 peratu manakala Private Lives merekodkan rating sebanyak 1.970 peratus. 

Akhir sekali, drama tvN, Tale of the Nine-Tailed kembali ke rating 5 peratus, dengan episod terbaru merekodkan rating sebanyak 5.137 peratus, sekaligus mendahului drama-drama lain dalam slot waktunya. 

Sumber: Soompi

Related posts

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

MyK

Ji Soo Disingkirkan Dari Drama “River Where The Moon Rises”

Zulaikha

Peranan Ji Soo Dalam “River Where the Moon Rises” Akan Diganti Dengan Pelakon Lain?

Isqandar

8 K-Drama Menarik Yang Akan Ditayangkan Mac Ini

Zulaikha

8 Pelakon “The Penthouse 2” Kuasai Top 10 Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“L.U.C.A.: The Beginning” Terus Catat Peningkatan Rating, “River Where The Moon Rises” Kekal Mendahului

Zulaikha

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman