
Drama Tale- of the Nine-Tailed telahpun berakhir pada 3 Disember yang lalu.
Episod finale drama lakonan Lee Dong-wook, Jo Bo-ah dan Kim Bum ini telah merekodkan purata rating sebanyak 5.785 peratus, kedua tertinggi sepanjang tayangannya. Rating tertinggi yang pernah dicatatkan drama ini adalah 5.804 peratus, iaitu semasa tayangan episod pertama.
Sementara itu, drama terbaru KBS, Cheat on Me If You Can kekal kukuh apabila episod keduanya merekodkan purata rating sebanyak 4.3 dan 5.8 peratus, rating yang hampir sama dengan episod premier.
Di MBC, drama The Spies Whow Loved Me merekodkan purata rating sebanyak 2.2 dan 2.6 peratus, sedikit peningkatan dari episod sebelumnya.