Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Tidak Bosan Bawa Watak Antagonis

Pelakon Sasqai Dahuri mendedahkan bahawa beliau tidak berasa bosan walaupun sering diberi kepercayaan untuk menggalas watak antagonis berbanding watak proantagonis dalam drama mahupun filem.

“Sepanjang saya bergelar pelakon, hampir semua watak diberikan adalah watak jahat. Namun siapalah saya untuk memilih watak. Terus berada dalam industri hiburan ini pun dah cukup bagus.

“Saya tak rasa ralat dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Ramai lagi yang berusaha untuk menjadi pelakon dan mengimpikan ruang sebagaimana ada pada saya sekarang,”  – Harian Metro.

Pelakon berusia 33 tahun ini berkata dia gembira apabila setiap watak antagonis yang dilakonkannya mendapat respon yang cukup baik daripada penonton.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah melihat ia sebagai kekurangan sebaliknya melihat ia sebagai satu kelebihan.

Dalam pada itu, Sasqia mengakui memiliki ketinggian 178 sentimeter menjadi kekangannya untuk mendapatkan watak tetapi dia tidak pernah menyalahkan ketinggiannya kerana ia bukanlah satu masalah besar buat dirinya.

Jelasnya, apa yang penting buat dirinya adalah untuk terus berusaha mendapatkan rezeki lebih masih terus berkobar-kobar, dan tidak akan berasa selesa dengan apa yang sudah dicapainya.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment