Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tajuk & Tarikh Tayangan Filem Terbaru My Hero Academia Telah Diumumkan

Sementara menantikan musim terbaru anime My Hero Academia, peminat-peminat anime ini boleh berkira-kira untuk memasukkan filem terbary My Hero Academia dalam senarai filem yang ingin anda tonton pada tahun ini.

Menurut laporan dari laman Comicbook.comfilem terbaru yang bertajuk My Hero Academia: Heroes Rising akan mula ditayangkan pada 20 Disember ini sebaik sahaja musim keempat anime ini disiarkan kepada penonton.

Buat masa ini, tidak banyak informasi mengenai filem My Hero Academia: Heroes Rising, dan sinopsisnya juga masih lagi tidak diketahui.

Musim keempat My Hero Academia akan mula bersiaran pada bulan Oktober ini. Netflix menyiarkan musim pertama hingga ketiga anime ini masih belum mengumumkan sama ada musim terbaru nanti akan bersiaran di laman streaming mereka ataupun tidak.

My Hero Academia dicipta oleh Kohei Horikoshi dan sering disiarkan dalam Weekly Shonen Jump sejak Julai 2014. Ia mengisahkan tentang Izuku Midoriya, yang hidup dimana semua manusia memiliki kuasa mereka sendiri. Dia dilahirkan tanpa sebarang abiliti luar biasa dan sering berangan untuk menjadi superhero. Dia bagaimanapun telah diambil oleh bekas hero terhebat dunia, All Might untuk belajar dalam sekolah superhero.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment