Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tajuk Rasmi Ghostbusters 2020 Telah Disahkan, Trailer Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Ghostbusters

Teka-teki mengenai tajuk filem Ghostbusters arahan Jason Reitman akhirnya terjawab apabila “British Board of Film Classification” mengesahkan bahawa, tajuk Ghostbusters: Afterlife adalah tajuk rasmi filem terbaru Ghostbusters akan datang.

Selain itu juga, Badan Klasifikasi Filem British itu turut mendedahkan bahawa trailer pertama filem tersebut akan berdurasi 2 minit 28 saat. Jadi peminat boleh menjangkakan trailer Ghostbusters: Afterlife akan mula disiarkan kepada peminat tidak lama lagi.

Ghostbusters: Afterlife dibintangi pelakon kanak-kanak Mckenna Grace, Carrie Coon, Finn Wolfhard dan Paul Rudd yang akan memainkan peranan sebagai seorang guru. Para pelakon asal Ghostbuster turut kembali membintangi filem ini dengan membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Bill Murray Sigourney Weaver, Annie Potts, Dan Akyroyd dan Ernie Hudson.

Plot rasmi masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan, penceritaannya akan tertumpu kepada seorang ibu tunggal dan keluarganya dimana Coon akan memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada karakter lakonan Mckenna Grace dan Finn Wolfhard.

Jason Reitman bertindak selaku pengarah, menggantikan tempat ayahnya Ivan Reitman yang merupakan pengarah untuk dua filem awal. Reitman juga turut menulis filem ini bersama-sama Gil Kenan.

Ghostbusters: Afterlife akan ditayangkan pada 10 Julai 2020.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment