Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tajuk Rasmi Filem Pacific Rim 2 Telah Didedahkan

Pacific Rim 2

Pembikinan filem sekuelĀ Pacific Rim 2 telah mengalami beberapa masalahĀ sehingga menyebabkan kelewatan produksi filem. Ini kerana, pengarah dan penulis asal untuk filem sekuel ini, Guillermo de Toro telah menarik diri dari mengarahkan filem ini.

Ini menyebabkan pihak produksi mengambil pengarah tv siriĀ DaredevilĀ musim pertama, Steven S. DeKnight sebagai caretaker untuk mengarahkan sekuel ini.

Produksi filem ini terpaksa dimulakan semula dengan skrip telah diubah sedikit. Bintang filemĀ Star Wars: Episode VII – The Force Awakens,Ā John Boyega telah diambil membintangi filem ini dan membawa watak anak kepada karakter Stacker Pentecost dari filem pertamaĀ Pacific Rim.

Update terbaru mengenai perjalanan filem ini, Boyega mendedahkan tajuk yang bakal digunakan dalam sekuel kali. Menerusi laman sosial Boyega, dia mengambil screenshoot muka depan skripnya yang menunjukan tajukĀ Pacific Rim: Maelstrom

https://www.instagram.com/p/BMmVvr9AWVE/

Spesifik plot dan jalan cerita untuk untuk filem ini masih disimpan rapi oleh pihak produksi dan tidak diketahui samada pengarah baru DeKnight akan meneruskan plan pengarah asal de Toro atau mengubah perjalanan cerita. Kemungkinan ada perubahanan dari segi storyline filem memandangkan skirp asal telah diolah.

Mengikut plan asal yang dibuat oleh de Toro, Dr. Newton Geiszler (obses kepada Kaiju) telah berubah watak menjadi seorang antagonis. Pelakon-pelakon yang terlibat dalam pengambaranĀ Pacific Rim: MaelstromĀ ini kebanyakkan adalah pelakon baru. Charlie Hunnam yang membawa karakter Raleigh Becket tidak berlakon kerana masalah jadual kerja manakala status Rinko Kikuchi yang membawa watak Mako Mori juga tidak diketahui.

Antara pelakon baru yang menyertai Boyega adalahĀ  Scott Eastwood (Suicide Squad), penyanyiĀ Cailee Spaeny, Jian Tian ,Ā Levi MeadenĀ danĀ Adria Arjona.

Pacific Rim sebelum ini telah mencetuskan fenomena apabila penonton tertarik dengan filem yang menujukan robot bertarung menentang raksasa. DiharapĀ Ā Pacific Rim: MaelstromĀ dapat meneruskan momentum walaupun dibintangi pelakon baru dan penarikan diri pengarah asal sehinggakan pihak produksi terpaksa mengambil pengarah gantian dan mengubah perjalanan storyline filem.

Pacific Rim: Maelstrom bakal ditayangkan pada 23 Februari 2018

 

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment