Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tajuk Penuh ‘John Wick 4’ Tertiris?

Nampaknya, John Wick: Chapter 4 tidak akan menjadi tajuk penuh untuk ansuran keempat siri aksi yang diterajui oleh Keanu Reeves. Beberapa bungkusan hadiah telah mendedahkan bahawa filem itu berpotensi dipanggil John Wick 4: Hagakure, bersesuai dengan filem itu yang mana ia berlatarbelakangkan negara Jepun. 

Jika anda tertanya-tanya apa maksud Hagakure, ia adalah panduan rohani untuk pahlawan Jepun. Ia ditulis oleh Yamamoto Tsunetomo, yang merupakan pengikut kepada pemerintah Jepun, Nabeshima Mitsushige. Panduan itu turut dikenali sebagai buku Samurai.


Ansuran keempat akan menyaksikan kepulangan Keanu Reeves sebagai pembunuhan yang sukar untuk dikalahkan. Kali terakhir wataknya dilihat adalah semasa di melarikan diri dan mengalami kecederaan parah selepas di dikhianati Winston lakonan Ian McShane.

Chad Stahelski kembali sebagai pengarah manakala lakon layar ditulis oleh Shay Hatten dan Michael Finch, yang mengambil alih francais dari pencipta John Wick, Derek Kolstad.

Menyertai Reeves adalah bintang pop Jepun-British Rina Sawayaman, Shamier Anderson (Awake), Bill Skarsgard (IT), Hiroyuki Sanada (Mortal Kombat) dan Donnie Yen (IP Man), yang dilaporkan bakal membawa watak rakan lama kepada John Wick. 

John Wick: Chapter 4 diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee dan Stahelski, dengan Reeves dan Louise Rosner akan bertindak sebagai penerbit eksekutif. Penggambaran telahpun bermula dan akan berlangsung di Perancis, Jerman dan Jepun. Filem terbaru ini dijadualkan tayangan pada 27 Mei 2022.

Sumber: Comingsoon.net

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment