Tajuk Filem Terbaru Christopher Nolan Didedahkan

0
87
views

Teka teki mengenai nama tajuk filem terbaru yang sedang diusahakan Christopher Nolan akhirnya terungkai. Studio Warner Bros. mendedahkan tajuk filem arahan Nolan iaitu Tenet dan filem ini akan bertemakan pengintipan.

Tenet telahpun ditetapkan tarikh tayangannya iaitu pada 17 Julai tahun hadapan dan produksi akan bermula sekurang-kurangnya tahun ini. Penggambaran dijangka akan dilakukan 7 buah negara.

Seperti biasa, Nolan akan menulis sendiri skrip filem arahanya dan turut bertindak selaku penerbit bersama-sama pasangannya, Emma Thomas. Nolan juga akan mengabungkan format IMAX dan 70mm film dalam filemnya ini.

Bintang filem BlacKkKlansman, John David Washington menjadi bintang utama filem ini. Beliau akan dibantu dengan beberapa pelakon Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Aaron Taylor-Johnson, Michael Caine dan Kenneth Branagh.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here