Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tajuk Filem Seram Terbaru James Wan Didedahkan, Penggambaran Secara Rasmi Telah Bermula


Teka-teki projek rahsia James Wan untuk studio New Line Cinema akhirnya terjawab apabila tajuk rasmi filem seram arahannya didedahkan kepada umum. Menerusi plaform laman sosial Instagram, Wan telah memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan tajuk rasmi projek pengarah tersebut, iaitu “Malignant”. 

Sementara itu, Deadline mendedahkan pelakon Michole Briana White dan Jacqueline McKenzie telah bersetuju untuk menyertai barisan pelakon filem Malignant. 

Filem terbaru itu akan diarahkan sendiri oleh James Wan dan skrip ditulis secara bersama dengan penulis Ingrid Bisu yang juga merupakan tunangnya. Penggambaran dijangka bermula pada musim luruh akan datang bertempat di pinggir bandar Los Angeles. Wan akan turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Michael Clear.

Kali terakhir James Wan mengarahkan filem seram adalah filem The Conjuring 2 yang ditayangkan pada tahun 2016.

Setakat ini, plot filem dan tarikh tayangan Malignant masih belum didedahkan kepada umum.


https://www.instagram.com/p/B2zzkV4B9Lb/?utm_source=ig_web_copy_link


Related posts

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

Valak Melepaskan Mimpi Ngeri Dalam Teaser Terbaru The Nun 2

Kakimuvee

Versi Digital ‘Evil Dead Rise’ Kini Tersedia Di Perkhidmatan VOD

Kakimuvee

The Conjuring 4 Mungkin Akan Menjadi Filem Terakhir Francais – James Wan

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Evil Dead Rise” Beri Pandangan Pertama Watak Utama

Kakimuvee

Disney+ Bangunkan Siri Aksi-Langsung King Kong, James Wan Akan Jadi Penerbit

Kakimuvee