Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tajuk Filem Ketujuh Transformers Telah Didedahkan

Tajuk filem aksi-langsung ketujuh francais Transformers telah didedahkan!

Dalam sidang media yang berlangsung pada hari ini, pasukan produksi telah mengumumkan judul filem terbaru Transformers iaitu Transformers: Rise of the Beasts. Apa yang menariknya, filem akan datang bakal memperkenalkan Predacons, Maximals, dan Terrorcons.

Berikut adalah sinopsis rasmi Transformers: Rise of the Beasts:

“Returning to the action and spectacle that first captured moviegoers around the world 14 years ago with the original TransformersTransformers: Rise of the Beasts will take audiences on a ‘90s globetrotting adventure and introduce the Maximals, Predacons, and Terrorcons to the existing battle on earth between Autobots and Decepticons.”

Transformers: Rise of the Beasts akan ditetapkan di Kota New York dan Peru, dan akan mengikuti kisah Optimus Prime dalam bentuk robot G1 pada tahun 90-an ketika dia baru berada di Bumi.

Pada April yang lalu, telah diumumkan bahawa bintang Hamilton, Anthony Ramos akan membawa watak utama disamping Dominique Fishback (Judas and the Black Messiah). Projek kerjasama Paramount Pictures, eOne dan Hasbro ini akan diarahkan oleh Steven Caple Jr. (Creed II) dan ditulis oleh Joby Harold (Army of the Dead).

Transformers: Rise of the Beasts akan tiba di pawagam pada 24 Jun 2022.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment