Berita

Tajuk Filem Ketiga JURASSIC WORLD Telah Didedahkan. Penggambaran Telah Bermula!

Views

Penggambaran filem ketiga Jurassic World telahpun bermula hari ini!. Pengumuman tersebut dibuat pengarah Colin Trevorrow menerusi laman sosial miliknya. Selain itu juga, Trevorrow turut mendedahkan tajuk untuk filem terbarunya iaitu Jurassic World: Dominion!. 

Anda boleh saksikan gambar pertama dari set penggambaran dibawah.

Jurassic World: Dominion bakal menyaksikan beberapa pelakon asal francais seperti Laura Dern, Sam Neill, dan Jeff Goldblum kembali meneruskan karakter masing-masing. Mereka disertai pelakon utama, Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard serta beberapa pelakon lain seperti Jake Johnson, Omar Sy Daniella Pineda, dan Justice Smith.

Trevorrow turut menjadi penerbit eksekutif bersama-sama Steven Spielberg, manakala skrip filem ditulis Trevorrow sendiri bersama-sama Emily Carmichael.

Penggambaran kini dijalankan di London dan akan menemui penonton pada 11 Jun 2021

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks