Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tajuk Filem Keempat “The Matrix” Telah Didedahkan, Trailer Pertama Telah Ditayangkan Di CinemaCon, Ini Diskripsinya


Warner Bros. telah mengesahkan tajuk filem keempat The Matrix, iaitu The Matrix: Resurrections. 

Bersama dengan pendedahan tajuk, Warner Bros. turut melancarkan trailer rasmi pertama filem itu (yang akan didedahkan kepada umum tidak lama lagi) di CinemaCon yang kini sedang berlangsung di Las Vegas A.S. Tidak dipastikan bila trailer pertama akan ditayangkan kepada umum, tetapi jika dilihat pada tarikh tayangannya, iaitu pada 22 Disember, berkemungkinan besar ia akan dilancarkan di atas talian pada bulan Oktober, iaitu ketika tayangan filem Dune arahan Denis Villeneuve.

Berikut adalah diskripsi trailer seperti didedahkan Screen Rant.

“Trailer dibuka di San Francisco, dengan Neo sekarang menggunakan nama Thomas dan nampaknya tidak menyedari siapakah dirinya yang sebenar. Neil Patrick Harris membawa peranan ahli terapi dan gambaran singkat Neo sebagai Thomas ditunjukkan dalam sesi terapi.

Neo berkata “saya mendapat mimpi yang tidak seperti mimpi. Adakah saya gila?” sebelum gambaran ‘flashback’ yang menunjukkan peristiwa dari trilogi asal. Trailer ini kemudian diteruskan dengan rakaman awal pertemuan Trinity dan Neo, tetapi kali ini, mereka sepertinya tidak saling mengenali. Trinity berkata kepada Neo/Thomas, “adakah kita pernah bertemu?”


Trailer itu kemudian beralih ke mod montaj, dengan Neo menjalani kehidupan seharian di San Francisco versi Matrix. Akhirnya, Mateen muncul dan dia kelihatan seperti Morpheus sewaktu muda, sambil berkata, “Masa untuk terbang,” sebelum menawarkan Neo pil merah dan pil biru. Kemudian, seorang wanita muda lain dengan rambut biru membawa Neo melalui cermin, menunjukkan Matrix kepadanya.

Adegan lain menunjukan Morpheus muda dan Neo bertengkar sebelum Neo memecahkan bilik dojo dengan kekuatannya. Trailer juga menunjukkan bahawa pod mesin kembali, begitu juga agen, dan aksi-aksi yang menjadi tanda pengenalan francais. Trinity dilihat menentang pegawai dan ejen polis pada satu ketika sebelum klip berakhir dengan Neo menggerakkan tangannya, menghentikan peluru dengan menggunakan fikirannya, sebelum dia mengarahkan seluruh peluru berpandu ke arah helikopter. “

 

Bintang francais, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss kembali menerajui dalam sekuel kali ini, meneruskan peranan ikonik mereka sebagai Neo dan Trinity. Menyertai mereka adalah Yahya Abdul-Mateen II, Priyanka Chopra Jonas, Jonathan Groff, Neil Patrick Harris, Jessica Henwick, Christina Ricci, Telma Hopkins, Eréndira Ibarra, Toby Onwumere, Max Riemelt, Brian J. Smith, Daniel Bernhardt sebagai Ejen Johnson, Lambert Wilson sebagai The Merovingian, dan Jada Pinkett Smith sebagai Niobe.

Lana Wachowski mengarahkan filem ini, dengan lakon layar yang ditulis olehnya bersama David Mitchell & Aleksander Hemon. Wachowski turut menjadi penerbit bersama Grant Hill dan James McTeigue.

The Matrix: Resurrections akan ditayangkan secara serentak di pawagam dan HBO Max pada 22 Disember 2021. 


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee