Official Trailer

Taika Waititi Sebagai Hitler Dalam Trailer Filem JoJo Rabbit

Views

Fox Searchlight telah melancarkan trailer penuh filem JoJo Rabbit yang dibintangi dan diarahkan pengarah Taika Waititi. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem ini dibintangi beberapa pelakon hebat antaranya Scarlett Johansson, Sam Rockwell, Rebel Wilson, Thomasin McKenzie, Alfie Allen, Stephen Merchant dan Roman Griffin Davis sebagai JoJo.

Bertemakan 'black-comedy drama', filem satira yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Ke-2 ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak Jerman (Davis) yang dibesarkan oleh ibu tunggal (Johansson), dan mempunyai rakan imaginasinya iaitu Hitler (Waititi). Semangat patriotismenya yang naif telah teruji apabila dia bertemu kanak-kanak perempuan berketurunan Yahudi (McKenzie), memaksa dia berhadapan dengan ketakutan terbesar dalam dirinya

Waititi turut menerbitkan filem ini bersama-sama Carthew Neal, manakala Chelsea Winstanley dan Kevan Van Thompson bertindak selaku penerbit eksekutif.

JoJo Rabbit akan ditayangkan dipawagam Amerika Syarikat pada 18 Oktober ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks