Pemecatan James Gunn oleh Disney dari kerusi pengarahan filem ketiga Guardians of the Galaxy telah menimbulkan pelbagai spekulasi tentang filem adiwira Marvel itu.
Terbaru, portal The Hollywood Reporter (THR) melaporkan pihak Disney dan Marvel Studios telah menarik balik filem berkenaan dari jadual tayangan filem iaitu pada May 2020. Selain itu juga, mereka turut melepaskan sementara krew produksi dan juga para pelakon utamanya sehingga jadual penggambaran ditetapkan semula.
Pra-produksi filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 telahpun bermula dan filem itu sepatutnya memulakan penggambarannya pada 2019.
THR juga turut mendedahkan bahawa pihak Marvel telah bertemu dengan pengarah filem Thor: Ragnarok, Taika Waititi. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Taika Waititi adalah calon untuk menggantikan tempat James Gunn.
Kepada peminat-peminat filem Guardians of the Galaxy, apakah pendapat anda tentang penangguhan penggambaran filem berkenaan dan siapakah pengarah yang layak menggantikan tempat James Gunn. Kongsikan diruangan komen.