Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Taika Waititi Mahu Arahkan Filem Black Widow Pula

Selepas berjaya membuat perubahan kepada filem ketiga Thor dari sebuah filem serius kepada filem yang ringan dan penuh dengan humor, pengarahnya Taika Waititi dilaporkan ingin mengarahkan filem solo superhero wanita Marvel iaitu Black Widow sekirannya Marvel ingin menghasilkan filem tersebut

Pengarah Taika Waititi mendedahkan keinginan untuk hasilkan filem tersebut semasa ditemubual oleh laman web io9.

“In all honesty, I reckon I could probably bring something pretty unique to any of the franchises. So, I’d love to see Black Widow. [I’d like to see] Black Widow as something crazy and a bit funnier than we expect it to be. Because we know her story and it’s very sullen and very dark and her history is very dark. But! What’s the funny version of that? What’s the more entertaining version of that?”


Menurut pengarah tersebut, beliau akan menggunakan acuan filem Thor: Ragnarok sekiranya dapat mengarahkan filem Black Widow. – Beliau ingin hasilkan sebuah filem yang kelakar dan ‘gila-gila’ mengenai karakter tersebut. Sesuatu yang diluar jangkaan peminat melihat Black Widow, antara watak superhero Marvel yang serius membuat lawak dan jenaka dalam filem solonya nanti.

Karakter Black Widow atau dikenali juga sebagai Natasha Romanoff, dilakonkan oleh Scarlett Johansson. Karakter tersebut telah lama berada dalam dunia Marvel Cinematic Universe, iaitu sejak tahun 2010 dalam filem Iron Man 2 sehinggalah kini. Populariti Black Widow dikalangan peminat-peminat filem Marvel telah menjadikan karakter tersebut berpotensi untuk mendapat filem solonya sendiri.

Walaubagaimanapun, Marvel masih tidak memutuskan untuk hasilkan filem berkenaan kerana mereka dilihat kurang berminat untuk hasilkan filem superhero wanita walaupun mereka memiliki banyak superhero-superhero wanita dalam universe mereka. Setakat ini, hanya Captain Marvel lakonan Brie Larson sahaja yang akan menjadi satu-satunya filem superhero wanita Marvel dan akan ditayangkan pada tahun 2019.

So kepada peminat-peminat filem Marvel, apa pendapat anda sekirannya satu lagi filem aksi ringan yang penuh humor seperti Thor: Ragnarok Guardians of the Galaxy dihasilkan dan filem tersebut adalah Black Widow, adakah anda akan bersetuju ataupun tidak?

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment