You are here Home » Taika Waititi Kembali Arahkan Thor 4, Filem Akira Ditangguh

Taika Waititi Kembali Arahkan Thor 4, Filem Akira Ditangguh

Berita terbaru dari Hollywood, selepas kejayaannya menghasilkan filem Thor: Ragnarok, Taika Waititi sekali lagi diberi kepercayaan oleh Marvel Studios untuk mengarahkan filem sekuel Thor 4. 

Bagaimanapun, disebabkan percanggahan jadual, perancangan filem ‘live action’ Akira yang juga diarahkan oleh Waititi akan dihentikan sebentar bagi memberi lalu pembikinan filem keempat Thor itu. Berdasarkan laporan dari The Hollywood ReporterAkira akan memulakan penggambarannya sebaik sahaja pembikinan filem Thor 4 selesai.

Akira yang dijadualkan tayangannya pada 21 Mei 2021, mungkin akan ditukar tarikh tayangannya berdasarkan perkembangan terbaru ini.

Thor: Ragnarok yang diterbitkan pada 2017 berjaya menambat hati para pengkritik serta peminat filem-filem Marvel dan menjadi antara filem terbaik Marvel Studios. Filem itu juga sukses di pentas Box Office apabila telah meraih $854 juta dolar seluruh dunia.

Selain Thor 4 dan Akira, Taika Waititi kini sedang sibuk projek menulis dan mengarah episod pertama Time Bandits untuk laman streaming Apple TV+. Beliau juga terlibat dalam pembikinan siri televisyen Star Wars berjudul The Mandalorian yang akan bersiaran di Disney+ serta terlibat dalam pembikinan drama komedi Jojo Rabbit yang akan diterbitkan Fox Searchlight pada Oktober ini. Selain itu juga, dia turut membantu Fox dalam membangunkan sini animasi Flash Gordon.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai filem terbaru Marvel ini, bagaimana bintangnya Chris Hemsworth akan kembali membawakan watak sebagai ‘God of Thunder’. Mungkin perkembangan filem ini akan diumumkan di konvensyen Comic Con, San Diego yang akan berlangsung pada bulan ini.

BACA:  Yvonne Strahovki Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Terbaru Ghost Draft
Loading...