Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Taika Waititi Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem The Suicide Squad Arahan James Gunn

Pengarah dan juga pelakon Taika Waititi dilaporkan sedang dalam rundingan untuk muncul dalam filem terbaru DC berjudul The Suicide Squad arahan James Gunn. Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai watak yang bakal dibawa oleh pengarah filem Thor: Love and Thunder itu.

Jika Waititi sah membintangi filem terbaru DC, ini menandakan penampilan kedua pengarah tersebut dalam filem DC selepas muncul dalam filem Green Lantern pada tahun 2011.

Sesi ‘table-reading’ dilaporkan akan dibuat pada 11 September ini, dan produksi dijangka bermula pada 23 September.

Setakat ini hanya Margot Robbie, Viola Davis, Joel Kinnaman dan Jai Courtney sahaja yang disahkan akan kembali memainkan peranan mereka dalam filem akan datang. Idris Elba mengetuai pelakon-pelakon baru yang terdiri daripada David Dastmalchian sebagai Polka-Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher, Flula Borg, Nathan Fillion dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, manakala Chuck Roven dan Peter Safran bertindak selaku penerbit.

The Suicide Squad telah ditetapkan tarikh tayangannya iaitu pada 6 Ogos 2021.

Sumber: Deadline

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment