Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Taika Waititi Arahkan Filem Terbaru STAR WARS

Pemenang anugarah Oscar yang juga penulis dan pengarah, Taika Waititi dilaporkan bakal mengarah dan menulis lakon layar filem terbaru dalam francais Star Wars. 

Pekara tersebut diumumkan Walt Disney pada Isnin yang lalu.


Selain itu juga, satu lagi siri terbaru Star Wars untuk perkhidmatan penstriman Disney+  juga kini dalam pembikinan dan akan ditulis oleh penulis lakon layar siri Russian Doll, Lesly headland.

Walau bagaimanapun, tarikh tayangan untuk kedua-dua projek itu masih belum diumumkan.

Sebelum ini, Disney mengumumkan sekuel filem Star Wars dihentikan selepas tayangan The Rise of Skywalker pada Disember 2019, sekuel kesembilan dari filem asal George Lucas yang membuat kemunculan pada 1977.

The Rise of Skywalker telah berjaya mengutip sebanyak AS$1.1 billion serata dunia tetapi merupakan filem yang terendah kutipannya antara tiga filem Star Wars sejak 2015.

Disney berkata Waititi akan menulis jalan cerita Star Wars ini bersama Krysty Wilson-Cairns, penulis filem anugerah Oscar,1917.

Disney sebelum ini ada mengumumkan musim kedua siri The Mandalorian dan dua lagi siri penstriman yang berkisarkan tentang kehidupan watak-watak dari Star Wars seperti Cassian Andor dan Obi-Wan Kenobi.

Waititi juga terkenal atas karya penulisannya untuk filem Marvel, Thor: Ragnarok.

Sumber: Astro Awani

Related posts

[VIDEO] “Kutip RM12.2 Juta, Tapi “Mat Kilau” Masih Belum Untung” – Mawi Beri Penjelasan

Kakimuvee

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment