Ahad ini, seluruh umat islam akan merayakan 1 Syawal selepas menunaikan puasa di Bulan Ramadan. Pastinya sambutan kali ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya, meriah menyambut hari kemenangan walaupun dihimpit dengan pelbagai masalah ekonomi (thanks harga minyak turun kepada RM1.91 sen).
Tapi tahukah anda, aktor dan aktres Hollywood ini juga akan turut bersama-sama kita dalam menyambut Aidilfitri nanti. Mari kita tengok siapakah mereka yang sebenarnya beragama Islam dan berkarier sebagai pelakon di industri perfileman Hollywood.
1 Mahershala Ali
Dilahirkan sebagai seorang Kristian, kemudian memeluk agama islam di waktu muda semasa tinggal di New York. Beliau merupakan satu-satunya aktor beragama Islam yang memenangi anugerah Oscar 2017 menerusi filem Moonlight
Kredit: The Curious Case of Benjamin Button, The 4400, Alphas, Predators, The Place Beyond the Pines, Moonlight
2. Janet Jackson
Janet Jackson mula memeluk Islam pada tahun 2013 setelah berkahwin dengan Wissam Al Mana
Kredit: Nutty Professor II: The Klumps, Poetic Justice, How High, Why Did I Get Married Too?
3. Akon
Tahukah anda nama penuh Penyanyi rap terkenal ini yang juga aktor Hollywood adalah Aliaune Damala Akon Thiam. Antara filem lakonan dia ialah American Heist & Black November
Kredit: The Karate Kid, Coach Carter, Jennifer’s Body, Step Up 2: The Streets
4. Dave Chappelle
Siapa yang pernah menonton filem Con Air dan Naughty Profesor pasti mengenali pelakon komedi ini. Dia merupakan antara stand-up comedian terkenal di Amerika. Mula memeluk Islam pada tahun 1998.
Kredit: Con Air, Block Party, Half Baked, Chappelle’s Show, Dave Chappelle: For What It’s Worth
5. Shaquille O’Neal
Bekas pemain bola keranjang ini pernah muncul dalam beberapa filem komedi dan parodi seperti Scary Movie 4, Blended, dan Grown Ups 2.
Kredit: After the Sunset, The House Bunny, Good Burger, He Got Game
6. Ghostface Killah
Ghostface Killah mula memeluk islam pada tahun 2013. Merupakan seorang rapper, penulis lagu dan juga aktor filem.
Kredit: Iron Man, Precious, Blade: Trinity, Let’s Be Cops
7. Mehmet Öz
Mehmet Öz tidak pernah berlakon filem, tetapi dia pernah berlakon dalam beberapa siri TV yang berkaitan dengan perubatan dan juga rancangan TV. Pernah disenaraikan dalam 500 individu Muslim paling berpengaruh pada tahun 2009.
8. Ice Cube
Siapa tidak kenal pelakon dan rapper ini dia memang noob. Antara rapper bertukar menjadi pelakon paling berjaya dalam sejarah Hollywood. Mula memeluk Islam pada tahun 1990an
Kredit: Boyz n the Hood, Friday, 22 Jump Street, Straight Outta Compton
9. Lupe Fiasco
Lupe Fiasco dilahirkan dalam sebuah keluarga Muslim. Menghasilkan lagu untuk beberapa filem besar seperti Suicide Squad, Fright Night dan The Twilight Saga: New Moon serta pernah berlakon dalam beberap siri tv
10. Mos Def
Mos Def muka mendalami Islam semasa remaja dan memeluk agama Islam pada umur 19 tahun. Pernah muncul dalam filem seperti Italian Job, 16 Blocks
Kredit: The Italian Job, 16 Blocks, Russell Simmons Presents Def Poetry, The Hitchhiker’s Guide to the Galaxy
11. Omar Epps
Bekas pelakon filem Scream dan siri tv popular House dilaporkan seorang muslim tetapi tidak begitu menonjol mengenai agamanya.
Kredit: House, Scream 2, Love & Basketball, Juice, Don’t Be a Menace to South Central While Drinking Your Juice
12. Faran Tahir
Faran Tahir datang dari keluarga dari bidang seni di Pakistan dan dilahirkan di Los Angeles California
Kredit: Iron Man, Escape Plan, Star Trek
13. Saïd Taghmaoui
Saïd Taghmaoui datang dari keluarga Immigrant Maghribi di Perancis. Bermula dari seorang Boxer, nasibnya berubah apabila mengenali pengarah Mathieu Kassovitz, menjadi penulis untuk filem La Haine dan terus membina karier di Hollywood
Kredit: American Hustle, G.I. Joe 2, Wonder Women
14. Irrfan Khan
Irrfan Khan adalah aktor Bollywood paling berjaya di Hollywood.
Kredit: Life of Pi, Jurassic World, Slumdog Millionaire
15. Aasif Mandvi
Aasif Mandvi berasal dari India dan merupakan pelakon serta comedian di Hollywood.
Kredit: The Intership, Spider-Man 2
16. Alexander Siddig
Berasal dari Sudan, dibesarkan dir Britain dan pernah belajar di London Academy Music dan Dramatic Art. Nama sebenarnya adalah Siddig El Tahir El Fadil El Siddig Abderrahman Mohammed Ahmed Abdel Karim El Mahdi
Kredit: Kingdom of Heaven, Reign of Fire
17. Riz Ahmed
Pelakon kelahiran Britain Pakistan ini juga merupakan seorang Rapper serta banyak terlibat dengan filem-filem indie seperti The Road to Guantanamo.
Kredit: Rogue On: A Star Wars Story, Jason Bourne
18. Ellen Burstyn
Pelakon veteran ini dilahirkan sebagai Katolik sebelum menukar kepada beberapa agama dan akhirnya memeluk Islam dengan menukar nama kepada Hidaya.
Kredit: Interstellar, The Exorcist
19. Nazanin Boniadi
Aktres berasal dari Tehran ini dikenali dalam siri TV dan filem. Drama TV Popular yang pernah dibintangi olehnya adalah Homeland.
Kredit: Ben-Hur, Passenger, Iron Man
20. Mike Tyson
Bekas peninju profesional ini memeluk Islam semasa dalam penjara disebabkan kesalahan merogol. Mula menyertai bidang lakonan selepas bersara dari sukan tinju
Kredit: Tyson, The Hangover, The Hangover Part II, Rocky Balboa