Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Taecyeon Kongsikan Imbasan Karakternya Dalam Drama Komedi Sejarah Akan Datang

Selepas disahkan membintangi drama terbaru The Secret Royal Inspector and Jo Yi (tajuk title), anggota 2PM yang juga pelakon, Taecyeon telah kongsikan imbasan karakternya kepada peminat.

Pada 22 Mei (via Soompi), Taecyeon memuat naik foto di akaun Instagramnya, menunjukkan sudut bawah wajahnya. Karakternya seperti mengenakan gat (sejenis topi tradisional Korea yang dipakai lelaki) dan hanbok (pakaian tradisional Korea). Dia menulis, “Halo, saya seorang pemeriksa kerajaan rahsia. Saya akan mendapat masalah jika saya menunjukkan semuanya, jadi lihatlah ini. “Dia juga menambahkan hashtag “The Secret Royal Inspector and Jo Yi” dan “Ra Yi Eon.”

The Secret Royal Inspector and Jo Yi merupakan drama komedi penyiasatan sejarah tentang seorang gourmet muda yang akhirnya menjadi pemeriksa rahsia kerajaan (pegawai penyamar yang memeriksa wilayah tempatan untuk mendedahkan rasuah). Dia bekerjasama dengan seorang wanita, dan mereka bersama-sama membuat rancangan besar untuk mendedahkan kebenaran.

Taecyeon akan berperanan sebagai pemeriksa rahsia kerajaan, Ra Yi Eon yang tidak lebih dari sekadar membuka kedai ladu kecil di luar ibu kota yang mana tanahnya murah. Tetapi dia memiliki akal yang baik, berjaya melepasi peperiksaan negara dan berjaya menjadi pegawai di Pejabat Penasihat Khas – posisi yang biasanya disediakan untuk golongan elit saja.

Satu hari, dia menerima perintah rahsia untuk menjalankan misi sebagai pemeriksa rahsia kerajaan. Walaupun dia secara tidak sengaja mendapat kerjaya yang diimpikan semua orang, dia lebih mementingkan waktu rehat tengahari dan pulang ke rumah tepat pada waktunya. Apabila dia pulang dari tempat kerja, dia memasak ladu untuk dirinya sendiri dan dengan malas berguling-guling di biliknya. Namun, kehidupannya yang malas berubah apabila dia bertemu dengan Kim Jo Yi (yang akan dilakonkan oleh Kim Hye Yoon).

The Secret Royal Inspector and Jo Yi akan diarahkan oleh Yoo Jong Sun (Designated Survivor: 60 Days, What’s Wrong with Secretary Kim) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Lee Jae Yoon (The Undateables, Tamra the Island). Drama terbaru ini dijangka akan disiarkan pada pertengahan tahun ini.

Related posts

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment