Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sylvester Stallone Sertai “The Suicide Squad”

Slyvester Stallone menyertai barisan pelakon The Suicide Squad, dedahkan pengarahnya, James Gunn. Wakil Stallone turut mengesahkan berita tersebut kepada media. 

Gunn mengumumkan pekara tersebut dilaman Instagram miliknya;

“Always love working with my friend @officialslystallone & our work today on #TheSuicideSquad was no exception. Despite Sly being an iconic movie star, most people still don’t have any idea what an amazing actor this guy is.”

Apabila peminat bertanya diruangan komen mengenai penglibatan Stallone dalam filem, Gunn membalas “Ya”. Penggambaran The Suicide Squad telahpun selesai pada Februari yang lalu, jadi tidak dipastikan apakah peranan Stallone filem akan datang.

The Suicide Squad dibarisi beberapa pelakon asal seperti Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman. Mereka akan memainkan peranan yang sama dalam filem 2016, iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Rooker sebagai Savant, Flula Borg sebagai Javelin, David Dastmalchian sebagai Polka Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Idris Elba sebagai Bloodsport, Mayling NG sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai Thinker, Alice Braga sebagai Solsoria , Pete Davidson sebagai Blackguard, Natha Fillion sebagai TDK, Sean Gunn sebagai Weasel, John Cena sebagai Peace Maker dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem terbaru DC ini ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, manakala Charles Roven dan Peter Safran sebagai penerbit. The Suicide Squad akan ditayangkan pada 6 Ogos 2021.

Sumber: Variety

 

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating