Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sylvester Stallone & Michael Bay Bekerjasama Dalam Filem Thriller LITTLE AMERICA

Michael Bay dan Sylvester Stallone, dua individu yang terkenal dengan genre aksi di Hollywood, dan kini mereka bersedia untuk bekerjasama buat pertama kalinya dalam sebuah filem thriller dystopian berjudul Little America. 

Ditulis dan diarahkan oleh Rowan Athale (Strange But True), Little America akan ditetapkan dizaman masa hadapan dimana Amerika telah bankrup dan menjadi medan peperangan. Ia akan berkisarkan tentang Stallone, sebagai bekas anggota elit tentera yang diupah untuk mencari anak perempuan jutawan Asia. Dia dibantu oleh seorang lagi anak perempuan jutawan tersebut yang pakar dalam pertempuran dan akan mereka berdua akan menempuh cabaran dalam usaha mencari gadis yang hilang.

Bay yang baru sahaja berkolaborasi dengan Netflix dalam pembikinan filem aksi berbudget tinggi, 6 Underground, akan bertindak sebagai penerbit eksekutif menerusi syarikat penerbitannya, Platinum Dunes. Manakala Stallone akan membawa watak utama.

Little America digambarkan sebagai ‘jelmaan’ filem aksi ala Escape From New York arahan John Carpenter yang turut dibintangi Kurt Russel, terbitan tahun 1981. Penggambaran dijangka bermula pada musim panas ini.

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment