Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Video

Sylvester Stallone Kongsikan Video Di Set Pengambaran Escape Plan 3

Escape Plan 2: Hades belum pun ditayangkan lagi, tetapi filem ketiga aksi melepaskan diri dari penjara itu telah pun memulakan pengambaran mereka. Aktor Slyvester Stallone telah memuatnaik dua video diset pengambaran filem ketiga tersebut dilaman Instagram nya beberapa jam yang lalu.

Video tersebut menunjukkan mereka melakukan pengambaran di penjara Mansfield, tempat pengambaran filem Shawshank Redemption. 

This is just to clarify things… Escape plan 2 has not come out yet, but we are working on the next installment.

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone) on

Filem ketiga kali ini akan berjudul Escape Plan 3: Devil’s Station dimana ia akan mengisahkan anak kepada eksekutif teknologi Hong Kong yang dilaporkan telah hilang. Breslin (Stallone) dan krew beliau menyiasat kejadian tersebut dan mendapat dalangnya ada anak kepada bekas musuhnya, yang turut menculik kekasih Breslin dan meletakkannya didalam sebuah penjara besar yang dikenali sebagai Devil Station.

Escape Plan 3 juga dibintangi oleh Harry Shum Jr., Tyler Jon Olson dan Sergio Rizzuto serta diarahkan oleh John Herzfeld. Manakala penulis lakonlayar ditulis oleh Miles Chapman yang turut menulis untuk dua filem sebelum ini.

Tarikh tayangan filem ketiga belum diketahui setakat ini, begitu filem kedua yang berjudul Escape Plan 2: Hades yang turut belum mempunyai tarikh rasmi tayangan, tetapi dijangka akan ditayangkan pada tahun 2018.

Selain Stallone, Escape Plan 2: Hades turut akan dibintangi oleh Dave Bautista, Jaime King, Curtis “50 Cent” Jackson, dan Jesse Metcalfe.

Related posts

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Saksikan Reaksi Ethan Hawke & Oscar Isaac Terhadap Trailer “Moon Knight”

Kakimuvee

Leave a Comment