Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Sylvester Stallone, Kisah Luarbiasa Di Sebalik Kejayaannya


Anda mungkin telah melihat filem paling popular tahun 1976 iaitu Rocky sebelum ini, dan anda tahu bahawa ia adalah salah satu filem yang paling berjaya dalam sejarah, tetapi adakah anda tahu tentng semua perjuangan watak protagonis dan penulis skrip, Sylvester Stallone, terpaksa lalui untuk mencapai matlamat beliau?

Rocky adalah filem pertama yang dibintangi Sylvester Stallone, ia telah direalisasikan dengan peruntukan hanya USD $1 juta  dan tidak disangka-sangka telah mengaut keuntungan lebih daripada USD $200 juta di box office.

Tetapi apakah sebenarnya di sebalik kejayaan Sylvester Stallone ini? Bacalah kisah luarbiasa beliau, yang boleh dijadikan inspirasi ini. Kisah ini dipetik dari buku karya Adam Khoo berjudul Master Your Mind, Design Your Destiny.

Semua orang tahu Sylvester Stallone, tetapi tak ramai yang tahu cerita inspirasi di sebalik kejayaannya. Satu cerita mengenai kegagalan, penolakan dan pencapaian akhirnya impiannya. Sebuah kisah yang boleh memberi inspirasi kepada anda untuk tidak pernah melepaskan matlamat dan impian anda.

Pernahkah anda bertanya-tanya mengapa beliau memiliki ekspresi wajah yang “unik”? Beliau¬†dilahirkan lumpuh di bahagian kiri bawah wajahnya, disebabkan itu juga pertuturannya tidak mempunyai gaya bicara yang sempurna sebagaimana yang anda harapkan¬†dari seorang pelakon.


Pada pertengahan tahun 1970-an, beliau pergi ke New York untuk mengejar impiannya untuk menjadi pelakon, tapi beliau tidak menemukan apa-apa arah tuju. Beliau kehabisan wang, jadi beliau terpaksa tidur selama tiga minggu di Terminal Bus New Jersey.

Beliau¬†juga terpaksa menjual anjing kesayangannya, yang juga merupakan ‘sahabat baiknya’¬†untuk USD¬†$25. Ini merupakan¬†titik terendah¬†dalam hidupnya.

Pada¬†suatu¬†hari, semasa menonton perlawanan Muhammad Ali, beliau mendapat idea untuk ‘lakon layar’.¬†Beliau mengerjakannya¬† tanpa tidur,¬†dan selepas 3 hari bertungkus lumus, naskahnya pun siap.

Salah satu daripada tawaran pertama yang beliau terima ialah sebanyak USD $125,000 untuk hakcipta filem, tetapi pengeluar tidak mahu beliau berlakon di dalamnya, dan itu bukan seperti apa yang beliau mahukan dan beliau menolak tawaran tersebut.

Beliau mempunyai keberanian untuk menolak tawaran sebegitu, walaupun di saat itu beliau memang benar-benar tidak mempunyai wang. Selepas beberapa minggu mereka menawarkan USD $325,000, sekali lagi beliau menolaknya. Akhirnya mereka bersetuju untuk mengizinkannya berlakon sebagai wtak utama dalam filem itu, tetapi dengan gaji yang sangat rendah untuk peranan utama, hanya USD $35,000.

 

Cuba teka¬†perkara pertama apa¬†yang beliau lakukan selepas menerima¬†wang itu? Beliau mengesan¬†orang yang membeli anjingnya dulu, dan membeli balik ‘sahabat baiknya’ itu¬†dengan haraga USD¬†$15000. Anjingnya juga membintangi filem Rocky, anda boleh melihatnya di dalam babak terkenal, bersama dengan Rocky berlari menaiki tangga.

Rocky mengaut keuntungan sebanyak USD $200 juta di box office. Sylvester Stallone harus melalui jalan yang paling sulit untuk mencapai tujuan dan impiannya, tapi semua pengorbanan akhirnya terbayar.

Sumber: Wikipedia, Redzuan Blog


Related posts

Poster Expend4ables Menampilkan Barisan Pelakon Baru & Lama

Kakimuvee

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha