Berita

Punca Sylvester Stallone Bertindak Keluar Dari The Expendables

Views

Agak mengejutkan juga individu penting dalam franchise filem The Expendables Sylvester Stallone bertindak keluar dari terlibat dengan filem berkenaan semalam. Beberapa sumber hiburan luar negara memberitahu terdapat masalah diantara Stallone dan pemilik Millennium Films, Avi Lerner sehingga menyebabkan pelakon veteran berkenaan tidak mahu melibatkan diri dengan pembikinan filem itu walaupun dilapor beliau bakal mendapat bayaran lumayan iaitu $20 juta.

Menurut laporan deadline, antara punca utama Stallone meninggalkan franchise berkenaan adalah mengenai soal pemilihan pengarah, penulisan skrip dan beberapa elemen dalam projek pembikinan filem aksi tersebut. Kemuncak perbalahan mereka berdua berlaku apabila Lerner bertindak menggunakan studio CGI, Nu Boyana yang berpengkalan di Bulgaria untuk mengendalikan visual efek filem tersebut yang mana Stallone tidak bersetuju dengan pemilihan tersebut. Nu Boyana merupakan studio milik Avi Lerner.

Stallone risaukan hasil yang tidak memuaskan apabila Lerner bertindak mengubah beberapa elemen dalam filem berkenaan. Bintang utama filem Rocky itu menulis skrip untuk siri pertama dengan Dave Callaham dan menjadi co-writer untuk semua sekuel dan mengarahkan filem pertama The Expendables. Difahamkan filem terakhir ini akan diarahkan oleh beliau sendiri sebagai misi terakhirnya.

Bagaimanapun, Avi Lerner tidak mahu masalah ini dianggap sebagai penghalang pembikinan filem terakhir The Expendables. Beliau optimis masalah tersebut akan diseleasaikan dan Stallone akan kembali menyertai mereka. Lerner memberitahu yang mereka berdua beberapa kali pernah tidak bersependapat dalam pembikinan filem The Expendables sebelum ini, tetapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

“Right now, each one has an opinion. We agreed on 95% of things, but there are certain things in production we don’t agree on. I don’t think it’s over, but write whatever you want. In my opinion, it’s not dead.” - Avi Lerner, Deadline.com

Franchise The Expendables telah berjaya mengaut hampir $580 juta dengan filem kedua dikatakan paling sukses apabila berjaya mengaut sebanyak $229 juta.

Tidak dipastikan bagaimana perjalanan dan masa depan filem The Expendables ini tanpa watak utama, Barney Ross (Stallone). Diharap Stallone dan Lerner dapat selesaikan masalah mereka dan kembali menyelesaikan filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks