Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sylvester Stallone Akui Escape Plan 2, Filem Paling Teruk Yang Beliau Pernah Terlibat


Filem pertama Escape Plan yang dibintangi Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger boleh dianggap sukses apabila berjaya meraih kutipan sebanyak $137.3 juta dolar berbanding modal pembikinan sebanyak $54 juta.

Bukan itu sahaja, filem yang bertemakan ‘prison break’ itu turut digemari penonton walaupun tidak sehebat filem-filem ‘prison break’ yang lain. Kejayaan kutipan box office itu menyaksikan Stallone kembali dalam ‘cubaan melepaskan diri dari penjara’ menerusi filem sekuel iaitu Escape Plan: Hades. Kali ini tanpa penglibatan Schwarzenegger.

Bagaimanapun, sekuel berkenaan dikritik hebat para penonton serta para pengkritik profesional disebabkan jalan ceritanya yang agak teruk dan lakonan yang langsung tidak bermutu sehinggakan ia memberi kesan besar kepada kutipan filem tersebut.

Menerusi perkongsian dilaman Instagram milik beliau, Stallone tidak menyembunyikan rasa menyesalnya berlakon dalam Escape Plan: Hades, dan menyifatkan filem tersebut adalah filem paling teruk yang pernah beliau berlakon.

“truly the most horribly produced film I’ve ever had the misfortune of being in.”


https://www.instagram.com/p/BzOEn2SnF1C/?utm_source=ig_web_copy_link

Kegagalan filem kedua siri Escape Plan itu menyaksikan, pengarahnya filem sekuel, Steven C. Miller langsung tidak dipelawa untuk terlibat dalam filem ketiga.

Filem ketiga berjudul Escape Plan: Extractors menyaksikan Stallone kembali berkerjasama dengan John Herzfeld, selepas mereka berdua berlakon bersama dalam filem cult klasik, Cobra. 

Escape Plan: Extractors turut dibintangi Dave Bautista, Jaime King serta Devon Sawa dan bakal menemui penonton tempatan pada 11 Julai 2019.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee