Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Syarikat Hong Kong Cabar Tanda Dagangan WANDAVISION

Kebiasannya, Marvel Studios akan berusaha untuk membuat tanda dagangan setiap harta intelek mereka, termasuk siri Disney+ WandaVision. Namun begitu, tidak semua gembira dengan tindakan yang dilakukan studio penerbitan Hollywood itu.

Menurut laporan dari Bleedingcool.com, terdapat sebuah syarikat Hong Kong, iaitu Wanda Group of Hong Kong, tidak berpuas hati dengan tindakan Marvel membuat tanda dagangan siri Marvel Disney itu.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan AS telah memberi kebenaran kepada syarikat tersebut untuk mencabar Marvel atas pengunaan tanda dagangan WandaVision. 

Untuk info, Wanda Group of Hong Kong telah mendaftarkan tanda dagang Wanda di banyak bidang, dan tindakan Marvel itu sudah pasti memberi kesan kepada mereka. Dilaporkan, syarikat berkenaan akan mencabar Marvel disemua bidag, termasuklah permainan video, patung aksi, permainan papan, belon, patung yang berkaitan dengan perayaan Krismas, barang hiasan, dan banyak lagi.

Jika Wanda Group of Hong Kong berjaya mencabar Marvel, ia memberi tamparan hebat kena anak syarikat Disney itu, dan mungkin menyebabkan mereka terpaksa menukar tajuk siri.

WandaVision akan menemui penonton pada musim bunga 2021.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment