Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Syamsul Yusof ‘Tease’ Tarikh Tayangan KL Gangster 3

Nampaknya konklusi KL Gangster akan terungkap tidak lama.

Ketika menjawab pertanyaan peminatpelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof telah mendedahkan perkembangan terbaru filem ketiga KL Gangster, yang mana ia bakal menemui penonton awal 2023. 

KL Gangster finale coming up early 2023, stay put” tulis Syamsul di media sosial Twitter miliknya. 

Syamsul turut menjelaskan bahawa, dia kini sedang menumpukan penulisan skrip untuk filem Munafik 3 sebelum memulakan pra-produksi KL Gangster 3. 

Setakat ini, butiran plot, tarikh produksi dan tayangan filem KL Gangster 3 dan Munafik 3 masih belum diketahui. 

Francais KL Gangster bermula pada tahun 2011 dengan diarahkan, ditulis dan dibintangi Syamsul Yusof. Ia mengisahkan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya. Filem yang turut dibintangi Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak ini menjadi filem tempatan pertama yang mencecah kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan. 

Kejayaan KL Gangster telah mewujudkan sekuel KL Gangster 2 yang ditayangkan pada 2013, filem spin off Abang Long Fadil 1 & 2 (2015,2017) serta siri spin off KL Gangster: Underworld yang ditayangkan dilaman penstriman Iflix pada 2018.

 

 

 

 

Related posts

Tayangan Perdana ‘Take CTRL’ Siri Asli Komedi Keluarga Di Astro

Kakimuvee

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee