Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Syamsul Yusof Sahkan Pra-Produski “KL Gangster 3”


Dikala filem terbarunya, Mat Kilau, sedang hangat di pawagam, pengarah Syamsul Yusof sempat memberi perkembangan terbaru mengenai ansuran terbaru KL Gangster. 

Menerusi perkongsian ringkas di Instagram, Syamsul mengesahkan bahawa pra-produksi KL Gangster 3 telahpun bermula berserta foto yang menggambarkan penampilan terbaru wataknya – ‘Shark’ 

Tidak banyak butiran lanjut mengenai KL Gangster 3 diketahui buat masa ini. Tetapi, menurut perkongsian Syamsul, filem akan datang mungkin melibatkan organisasi mafia antarabangsa

Aaron Aziz dan Adi Putra akan kembali meneruskan peranan masing-masing sebagai Malek dan Jai dalam filem akan datang. Beberapa watak utama dari filem terdahulu turut dijangka mengulangi peranan masing-masing. Setakat ini, tarikh tayangan tepat masih belum didedahkan, tetapi menurut Syamsul, KL Gangster 3 The Finale akan ditayangkan pada 2023. 

Francais KL Gangster bermula pada tahun 2011 dengan diarahkan, ditulis dan dibintangi Syamsul Yusof. Ia mengisahkan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya. Filem yang turut dibintangi Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak ini menjadi filem tempatan pertama yang mencecah kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan. 


Kejayaan KL Gangster telah mewujudkan sekuel KL Gangster 2 yang ditayangkan pada 2013, filem spin off Abang Long Fadil 1 & 2 (2015,2017) serta siri spin off KL Gangster: Underworld yang ditayangkan dilaman penstriman Iflix pada 2018.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee