Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Syamsul Yusof Goda Plot Untuk ‘KL Gangster 3 The Finale’, Akan Melawan Mafia Antarabangsa

Syamsul Yusof memberikan sedikit perkembangan terkini mengenai filem Kl Gangster 3 The Finale.

Menerusi perkongsian di media sosial Instagram miliknya, pembikin filem terkenal itu menggoda plot untuk filem akan datang. Menurut Syamsul, filem akan datang bakal melibatkan organisasi Mafia antarabangsa. Siapakah yang akan mengetuai organisasi mafia itu dan kenapa ianya berlaku masih tidak didedahkan.

“Malik & Jai terperangkap dlm peperangan antara gangster & Mafia antarabangsa. Organisasi Shark lumpuh & tidak lagi berkuasa, seluruh ahli kumpulannya diburu.

Siapakah disebalik kumpulan Mafia kejam yg mula berkuasa ? Bagaimana nasib Ajib & Dragon, blood brother atau mereka juga akan berpaling tadah ?

Adakah akhirnya Malik, Jai & Shark terpaksa bersatu demi menyelamatkan nyawa mereka ? Apakah rahsia disebalik agenda kumpulan Mafia? Antara keluarga, adik beradik, brotherhood & kuasa..” tulis Syamsul di Instagramnya. 

Selain itu juga, Syamsul turut mengumumkan tarikh penggambaran filem terbaru francais KL Gangster iaitu pada 21 Februari 2022 serta menjanjikan filem aksi paling hebat yang pernah ditonton peminat KL Gangster.

“‘KL Gangster 3 The Finale’ mula shooting pada 21 Feb 2022 nanti. Ini untuk anda peminat KLG. The biggest action film in Malaysia. InsyaAllah”

Aaron Aziz dan Adi Putra akan kembali meneruskan peranan masing-masing sebagai Malek dan Jai dalam filem akan datang. Beberapa watak utama dari filem terdahulu turut dijangka mengulangi peranan masing-masing. Setakat ini, tarikh tayangan tepat masih belum didedahkan, tetapi menurut Syamsul, KL Gangster 3 The Finale akan ditayangkan pada 2023. 

Francais KL Gangster bermula pada tahun 2011 dengan diarahkan, ditulis dan dibintangi Syamsul Yusof. Ia mengisahkan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya. Filem yang turut dibintangi Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak ini menjadi filem tempatan pertama yang mencecah kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan. 

Kejayaan KL Gangster telah mewujudkan sekuel KL Gangster 2 yang ditayangkan pada 2013, filem spin off Abang Long Fadil 1 & 2 (2015,2017) serta siri spin off KL Gangster: Underworld yang ditayangkan dilaman penstriman Iflix pada 2018.

Related posts

Shang-Chi 2 Kini Sedang Dibangunkan, Destin Daniel Akan Mengarah Siri TV MCU

Kakimuvee

Transformasi Menakutkan Jared Leto Dalam Klip Eksklusif MORBIUS

Kakimuvee

Kevin Feige SAHKAN Charlie Cox Akan Menjadi Daredevil MCU

Kakimuvee

Gambar Pertama ‘Texas Chainsaw Massacre’ Tetapkan Debut Netflix Untuk Sekuel Seram Yang Dinantikan

Kakimuvee

Pandangan Pertama Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One)

Kakimuvee

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Leave a Comment