Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Syahmi Sazli Bakal Diangkat Sebagai Ikon Pengarah Muda

Kejayaan filem pertama Muhammad Syahmi Sazli, Mael Totey The Movie, telah mendapat perhatian FINAS dan bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda.

Menurut laporan Bernama (via Kopiplanet), Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid berkata, pengumuman secara rasmi akan dibuat pada satu majlis apresiasi bagi menghargai mereka yang berjaya dalam bidang perfileman negara awal tahun depan.

“Pengarah muda ini akan diangkat namanya sebagai ikon selepas berjaya menghasilkan filem dengan kutipan yang tinggi dan ini satu pengiktirafan kepada anak-anak muda.

“Dia (Muhammmad Syahmi) bukan sahaja berjaya dalam usahanya, tetapi juga telah mengangkat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam filemnya,” katanya ketika melawat pejabat produksi pengarah berkenaan.

Zakaria berkata, pengarah muda itu telah membuktikan kejayaannya tanpa meminta bantuan pihak lain termasuk FINAS.

Menurutnya lagi, pengarah muda yang lain perlu menghasilkan karya yang dikehendaki golongan muda yang tidak lagi tertumpu kepada kisah yang stereotaip sebaliknya bagaimana dapat membina bangsa dan negara melalui filem.

Kita tidak mahu berterusan kisah cinta seperti orang kaya berkahwin dengan orang miskin tetapi mesti mempunyai idea bagaimana dapat memberi semangat kepada golongan muda dalam membina negara,” katanya.

Sementara itu, Syahmi mendedahkan bahawa dia kini merancang untuk menghasilkan satu lagi filem baharu hujung tahun hadapan, dengan penggambaran dijangka bermula pada bulan Mac.

“Kejayaan Mael Totey akan menjadi perangsang kepada saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan akan menggunakan pelakon yang sama untuk filem berlatarbelakangkan kehidupan rakyat Kelantan,” katanya.

Beliau seterusnya menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau mengeksploitasi golongan OKU, sebaliknya beliau berkata apa yang dilakukannya adalah untuk mengangkat kebolehan golongan itu.

Kalau saya menggunakan mereka (eksploitasi), sudah lama mereka tidak bersama saya,” katanya.

Sumber: Kopiplanet

Related posts

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

NETIZEN TENTUKAN PLOT TWIST ‘MIS TRES HERMANAS’ MALAYSIA

Zulaikha

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Isqandar

iQiyi Bergabung Tenaga Bersama FINAS Dalam Kempen Anti Cetak Rompak #JanganTontonHaram

Zulaikha

Lebih Banyak Tayangan Perdana Kandungan India Tempatan & Antarabangsa Di Astro

Zulaikha