Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Syafiq Kyle Bintangi Teater Terbitan Erma Fatima

Pelakon drama Nur, Syafiq Kyle bakal muncul dalam pementasan teater yang diterbitkan penerbit terkenal tanah air, Erma Fatima

Ketika bercakap kepada wartawan Kosmo! baru-baru ini, pembabitannya dalam pentas teater ini bukan sahaja dapat memberi pengalaman lakonan baru buatnya, tetapi juga dapat melebarkan lagi portfolio seninya.

“Sejujurnya, saya sudah lama ingin berlakon teater. Maklumlah, apabila kita berlakon di atas pentas yang besar, pengalaman yang bakal diraih nanti juga berbeza. 

“Tambahan pula, saya memang suka mencuba perkara baharu. Jadi apabila Erma Fatima memberikan tawaran, saya terus terima tanpa berfikir panjang,”

Buat masa ini, dia tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai watak yang bakal dipegangnya dan jalan cerita naskah teater tersebut. Dia dilaporkan akan bergandingan dengan pelakon popular iaitu Janna Nick dalam pementasan teater tersebut.

Bagaimanapun, satu pengumuman rasmi mengenai pementasan teater akan diadakan dalam masa terdekat.

Syafiq Kyle dilaporkan bakal muncul dalam dua buah filem terbaru iaitu Setia Menanti arahan Osman Ali dan Maritim.

Sumber: Cinema Online / Kosmo

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment